Thursday 15 March 2012

Antara Mengurus Kerjaya dan Cita-cita

Kehidupan ini sememangnya tidak lepas dari masalah yang datang dalam pelbagai bentuk.Bermacam-macam perkara atau isu yang timbul secara sedar atau tidak pasti akan dirasai oleh setiap orang.Menyentuh isu antara mengurus kerjaya dan cita-cita merupakan dua perkara yang berbeza walaupun menuju satu matlamat yang sama iaitu menggapai kejayaan dalam hidup.Mengapakah dua perkara itu menjadi satu isu yang besar sedangkan perjalanannya akan menuju kepada satu titik nokhtah yang sama?Untuk menguruskan keseimbangan antara kedua-duanya memerlukan satu komitmen yang tinggi dan pastinya akan menempuhi cabaran kehidupan yang cukup hebat.Mungkin akan ada musibah dan ranjau yang sedia menunggu di hadapan empunya cerita.Adakah kesanggupan untuk meneruskan cita-cita tanpa mengorbankan kerjaya dapat dilalui oleh semua orang?APA PENDAPAT ANDA?

1 comment:

Qib said...

assalamualaikum mokti.hehehe. ini saya.. raqibah.. ayat bagi post entry ini sangat bes. teruskan menulis moktie.. <3 love